Followers

like button

Tuesday, July 5, 2011

Menjadi yg Terbaik.!!!



        Setiap manusia mahukan yg terbaik dalam semua perkara tidak kira la apa jua p0n.Kalau b0leh sampai bab makan p0n nak makan yg terbaik jee. Aku p0n inginkan yg terbaik dalam semua perkara dalam hidup aku, yg paling penting sekali ialah pasangan hidup aku nanti. Aku mahukan yg terbaik untuk aku melayari zaman berunmahtangga, tak lupa juga yg utama sekali untuk aku meneruskan hidup sebagai hamba Tuhan yg s0leh dan di sampingku isteri yg s0lehah.
        
       Dalam mahukan yg terbaik, aku tidak lupakan satu perkara, yg aku juga perlu jadi yg terbaik dalam semua perkara dalam hidup aku. Walaupun tak sampai tahap untuk ke "level"yg terbaik, aku masih lagi mencuba ke arah tu. Aku banyak mencari ped0man dan panduan sekarang ni dari kitab-kitab dan juga dari sumber lain, namun aku masih lagi rasa apa yg aku cari ni memang tak cukup lagi untuk aku jadi yg terbaik.

       Hasrat aku yg paling utama sekali dalam hidup ialah untuk jadi hamba Allah yg s0leh dan bertakwa. S0leh kepada Allah akan memandu aku untuk s0leh kat 0rang tua aku, bakti aku kepada 0rang tua aku belum lagi tercapai. Apa yg aku buat memang tak kan dapat menandingi apa yg 0rang tua aku dah bagi sepanjang aku hidup kat dunia ni. So, matlamat utama aku ialah untuk jadi yg terbaik dan anak yg membanggakan 0rang tua aku.

       Hmmmmm.......bila dah bicara pasal kehidupan ni tak lengkap la kalau aku tak selitkan pasal kawen. Bila dah kawen nanti secara rasminya amu akan jadi se0rang suami. Suami yg terbaik juga termasuk dalam salah satu impian aku. Betapa bahagianya bila masing-masing jadi yg terbaik untuk pasangan masing-masing. Aku akan cuba untuk jadi yg terbaik yg tak lain tak bukan untuk isteri aku nanti, dan aku akan pastikan hasrat ni jadi kenyataan, InsyaAllah. M0ga Allah permudahkan segala urusan dan terus bimbing aku dgn penuh keredhaan untuk aku memenuhi matlamat suci aku ni....Amin Ya R0bb......Lillahita'ala.......

Friday, June 10, 2011

Ketenangan.......


Sekarang ni aku dlm pr0ses menuju ketenangan....mujurlah aku ada "mursyid" yg sedia membantu wktu aku dlm situasi apa p0wn tidak kira suka mahupun duka.....syukran jazilan ya ustazzz........dia lah 0rg yg aku selalu rujuk kalau aku memerlukan sesuatu maklumat mahupun nasihat.......apa yg ustaz aku ckp aku ikut ja...walaupun dia suruh aku tukar 'ringt0ne' mesej aku......aku sanggup tukar.....ada hikmah apa yg dituturkannya.........
  
     Satu hari aku tnya ustaz aku pasal prcintaan.....dia p0wn ckap kalau sse0rang ppmpuan tu suka 0r cinta aku ats iman ataupun kebaikan diri aku its 0k klau aku nk mncintai dia....tapi dgn syarat cinta ke atas Allah dan Rasulnya lagi lebih dahsyat..........

Sunday, March 6, 2011

bab kawin



Bab kahwin adalah sunnah Nabi s.a.w.
عَنْ أَنَسٍ
 أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
سَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 عَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ
 وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ آكُلُ اللَّحْمَ
وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ
فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي
 وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ
فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Dari Anas r.a. katanya :
"Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi s.a.w. menanyakan dengan
rahsia kepada isteri-isteri Nabi s.a.w., tentang amal Nabi s.a.w. (ibadat)
Kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan :
"Saya tidak akan mengahwini perempuan." Yang lain mengatakan :
"Saya tidak akan memakan daging." Yang lain mengatakan lagi
"Saya tigak akan tidur di atas hamparan (tikar)
(Setelah diberitakan kepada Nabi s.a.w.) beliau sesudah memuji Allah
dan menyanjungNya, beliau s.a.w. mengucapkan :
"Mengapa ada beberapa orang mengatakan begini  .... dan begini?"
Tetapi aku sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan
mengahwini perempuan. Sebab itu siapa yang tidak menyukai sunnahku
maka orang itu tidak termasuk golonganku."
Hadis sahih riwayat Muslim


Lepas aku hayati hadis ni aku sedar yg kawen tu mmg sunnah yg mmg dituntut sangat 0leh baginda Rasulullah  SAW........sesiapa yg berkahwin kerana Allah SWT dan nk ik0t sunnah mmg pahala nya besar......tapi apakah jenis perempuan yg disuruh pilih pulak 0leh baginda..??...emmmm......pastu aku p0n teringat la dgn hadis baginda yg laen pasal memilih perempuan yg mcm mna nk dijadikan isteri..........hadis tuu jugak menyatakan tujuan nk kawen sese0rang perempuan tuu........




Bab Tujuan menikahi wanita

قَالَ رَسُولُ اللهِ

صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلاَ رْبَعٍ لِمَا لِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَا لِهَا

وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
"Perempuan itu dinikahi kerana empat, kerana kecantikannya
atau kerana keturunannya, atau kerana hartanya atau kerana
agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama, agar selamatlah dirimu
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim



Sesiapa yg berkahwin pasti akan memilih 4 g0l0ngan perempuan yg camni.....tp baginda ada nyatakan kat hujung ayat tuuu yg menganjur utk memilih yg beragama........

Tapi, adakah yg kurang dari segi agama tuu dah tak b0ley berubah..??..adakah dah terlambat..??..
masih sempat kalau kita masih nk berubah....Kita masih b0leh cari ilmu agama dgn dalam lagi supaya jadi salah se0rang dari g0l0ngan (perempuan) yg beragama mcm yg pernah disebut baginda dlm hadis.......


Aku masih menunggu sese0rang supaya diikatkan hati kami dengan penuh rasa cinta kepada Allah SWT dan rasulNya......dgn penuh ketakwaan yg paling dalam......dgn jiwa yg penuh rendah diri.......supaya kami akan selamat di dunia dan akhirat.........Insyaallah.....

     






                                                                                                                                                                

Friday, February 25, 2011

Matlamat Hidupku


Walaupun aku jauh dari sisi orang tua ku, adik beradikku, temanku, guruku, namun semangat dan ingatan aku tak pernah padam. Aku tak pernah lupa siapa aku walaupun aku hanya seorang diri di perantauan, pesanan orang tua, tok guru sentiasa bermain di fikiran sepanjang masa.

Aku tak akan gadaikan maruah, harga diriku semata-mata untuk memenuhi kehendak individu atau pihak lain, yang penting iman dalam diriku. Aku sangat bersyukur padaNYA kerana menemukan aku dengan orang yang aku kenali sekarang ini. Aku akui aku bukanlah seorang insan yang sangat baik dan jauh sekali mengaku aku orang yang baik, namun setiap detik aku mengharap yang aku akan berubah menjadi lebih baik dan SOLEH, itulah tujuan dan matlamat utama kehidupan aku sekarang, kerana anak yang SOLEH akan menjadi pembantu orang tua dan keluarganya di hari akhir kelak.

Siapa yang mahu orang di sekelilingnya itu ialah orang jahat, semuanya nak yang baik-baik, tapi adakah kita sendiri nk menjadikan diri kita ni baik?. Sebenarnya aku bukanlah insan yang hanya mengejar dunia, tetapi aku mahu menjadikan dunia sebagai tempat atau pun platform ke sana nanti. Firman Allah SWT dalam surah al-ankabut : 64 bermaksud, : "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan sedangkan kehidupan akhirat merupakan kehidupan yang sebenar sekiranya mereka mengetahui". Dalil ini mnejadi pegangan aku selama ni, aku tak peduli jika tidak terlalu berharta kelak, tapi aku sedar masyarakat sekarang hanya memandang harta dan rupa, tak ada rupa, tak hensem, tak lawa, tak macho, tak cantik, tak ada duit, tak ada kereta, kerja gaji pun sikit memang tidak mendapat tempat di hati masyarakat kecuali yang benar-benar ikhlas menerima kerana Allah SWT.

Aku juga bertekad walaupun aku tak lah sekaya orang lain tapi syukur mesti ada dalam hati. Bila aku dapat kesenangan pun aku tetap akan bersyukur dan berdoa dengan harapan aku tak lupa diri. Aku teringat lagi pesan ustaz aku, "hang kalau nak pakai kereta besaq2, pakai la, tapi jangan sombong dengan orang, takabur, riak, tu yang penting".

Tuesday, February 22, 2011

Kerana Cinta



cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta

tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta

yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula

kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati

hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

masa berada
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan.. 

Tuesday, December 28, 2010

Mencari Cinta


Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Dan tuk cintanya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Oh, ku sangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah

Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terlalai
Kehidupan terabai
O.. akhirnya aku temui kedamaian abadi

I Wanna Be Somebody


Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Monday, December 27, 2010

"Insya-Allah! Kamu akan mati di tanganku!"

Sebelum Hijrah, Ubay bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah SAW dengan agak sombongnya: "Aku membela seekor kuda yang diberi cukup makan. Aku akan membunuhmu pada suatu hari dengan memacunya!"

      Rasulullah menjawab: "Insya-Allah! Kamu akan mati di tanganku!"
Semasa berlakunya Perang Uhud, Ubay bin Khalaf berkeliaran di medan perang mencari Rasulullah sambil berteriak: "Kalau Muhammad tidak dibunuh, hari ini aku tidak berpeluang hidup!"
 
      Akhirnya setelah puas mencari, Ubay bin Khalaf bertembung dengan pasukan Rasulullah dan cuba hendak menyerang baginda. Para sahabat memutuskan hendak menamatkan riwayat Ubay bin Khalaf terlebih dahulu sebelum sampai kepada Rasulullah. Tapi, baginda melarang sahabatnya membunuh orang yang memusuhi baginda.

      Ubay bin Khalaf yang sedang menunggang kuda cuba mendekati baginda tetapi ketika itulah Rasulullah mengambil sebatang lembing daripada salah seorang sahabat lantas merejamnya.


      Rejaman lembing baginda terkena sipi leher Ubay bin Khalaf. Lelaki itu terhuyung-hayang lalu terjatuh dari kudanya. Selepas terjatuh, Ubay bin Khalaf lantas lari termengah-mengah menuju ke khemahnya sambil berteriak seperti seekor lembu jantan.

      Rakan-rakannya cuba menenangkan Ubay bin Khalaf yang sedang gementar dan pucat. Setelah diperiksa, lehernya sekadar melecet sedikit sahaja. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kecederaan yang dialami tidak parah.

      Abu Suffian menempelak Ubay bin Khalaf yang menangis dan meraung tidak ubah seperti perangai kanak-kanak. Tapi, kata-kata Abu suffian itu disanggah Ubay bin Khalaf.

      "Engkau tahu tak, siapa yang telah melukakan aku? Tidak lain dan tidak bukan dialah Muhammad. Demi al-Lat dan al-Uzza! Kalau deritaku ini tertimpa ke atas semua orang Hijaz, tidak seorang pun akan hidup..."

       Wajah Ubay bin Khalaf bertambah pucat dan berasa amat takut apabila teringatkan kata-kata Muhammad kepadanya di Mekah dulu. Ubay bin Khalaf yakin bahawa dia akan mati di tangan baginda.

       "Andai kata Muhammad meludahi aku, nescaya habislah aku..." beritahu Ubay bin Khalaf.
        Ubay bin Khlaf meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah akibat menderita melecet sedikit di leher terkena rejaman lembing Rasulullah.