Followers

like button

Friday, February 25, 2011

Matlamat Hidupku


Walaupun aku jauh dari sisi orang tua ku, adik beradikku, temanku, guruku, namun semangat dan ingatan aku tak pernah padam. Aku tak pernah lupa siapa aku walaupun aku hanya seorang diri di perantauan, pesanan orang tua, tok guru sentiasa bermain di fikiran sepanjang masa.

Aku tak akan gadaikan maruah, harga diriku semata-mata untuk memenuhi kehendak individu atau pihak lain, yang penting iman dalam diriku. Aku sangat bersyukur padaNYA kerana menemukan aku dengan orang yang aku kenali sekarang ini. Aku akui aku bukanlah seorang insan yang sangat baik dan jauh sekali mengaku aku orang yang baik, namun setiap detik aku mengharap yang aku akan berubah menjadi lebih baik dan SOLEH, itulah tujuan dan matlamat utama kehidupan aku sekarang, kerana anak yang SOLEH akan menjadi pembantu orang tua dan keluarganya di hari akhir kelak.

Siapa yang mahu orang di sekelilingnya itu ialah orang jahat, semuanya nak yang baik-baik, tapi adakah kita sendiri nk menjadikan diri kita ni baik?. Sebenarnya aku bukanlah insan yang hanya mengejar dunia, tetapi aku mahu menjadikan dunia sebagai tempat atau pun platform ke sana nanti. Firman Allah SWT dalam surah al-ankabut : 64 bermaksud, : "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan sedangkan kehidupan akhirat merupakan kehidupan yang sebenar sekiranya mereka mengetahui". Dalil ini mnejadi pegangan aku selama ni, aku tak peduli jika tidak terlalu berharta kelak, tapi aku sedar masyarakat sekarang hanya memandang harta dan rupa, tak ada rupa, tak hensem, tak lawa, tak macho, tak cantik, tak ada duit, tak ada kereta, kerja gaji pun sikit memang tidak mendapat tempat di hati masyarakat kecuali yang benar-benar ikhlas menerima kerana Allah SWT.

Aku juga bertekad walaupun aku tak lah sekaya orang lain tapi syukur mesti ada dalam hati. Bila aku dapat kesenangan pun aku tetap akan bersyukur dan berdoa dengan harapan aku tak lupa diri. Aku teringat lagi pesan ustaz aku, "hang kalau nak pakai kereta besaq2, pakai la, tapi jangan sombong dengan orang, takabur, riak, tu yang penting".

Tuesday, February 22, 2011

Kerana Cinta



cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta

tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta

yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula

kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati

hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

masa berada
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..