Followers

like button

Tuesday, December 28, 2010

Mencari Cinta


Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Dan tuk cintanya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Oh, ku sangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah

Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terlalai
Kehidupan terabai
O.. akhirnya aku temui kedamaian abadi

I Wanna Be Somebody


Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Monday, December 27, 2010

"Insya-Allah! Kamu akan mati di tanganku!"

Sebelum Hijrah, Ubay bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah SAW dengan agak sombongnya: "Aku membela seekor kuda yang diberi cukup makan. Aku akan membunuhmu pada suatu hari dengan memacunya!"

      Rasulullah menjawab: "Insya-Allah! Kamu akan mati di tanganku!"
Semasa berlakunya Perang Uhud, Ubay bin Khalaf berkeliaran di medan perang mencari Rasulullah sambil berteriak: "Kalau Muhammad tidak dibunuh, hari ini aku tidak berpeluang hidup!"
 
      Akhirnya setelah puas mencari, Ubay bin Khalaf bertembung dengan pasukan Rasulullah dan cuba hendak menyerang baginda. Para sahabat memutuskan hendak menamatkan riwayat Ubay bin Khalaf terlebih dahulu sebelum sampai kepada Rasulullah. Tapi, baginda melarang sahabatnya membunuh orang yang memusuhi baginda.

      Ubay bin Khalaf yang sedang menunggang kuda cuba mendekati baginda tetapi ketika itulah Rasulullah mengambil sebatang lembing daripada salah seorang sahabat lantas merejamnya.


      Rejaman lembing baginda terkena sipi leher Ubay bin Khalaf. Lelaki itu terhuyung-hayang lalu terjatuh dari kudanya. Selepas terjatuh, Ubay bin Khalaf lantas lari termengah-mengah menuju ke khemahnya sambil berteriak seperti seekor lembu jantan.

      Rakan-rakannya cuba menenangkan Ubay bin Khalaf yang sedang gementar dan pucat. Setelah diperiksa, lehernya sekadar melecet sedikit sahaja. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kecederaan yang dialami tidak parah.

      Abu Suffian menempelak Ubay bin Khalaf yang menangis dan meraung tidak ubah seperti perangai kanak-kanak. Tapi, kata-kata Abu suffian itu disanggah Ubay bin Khalaf.

      "Engkau tahu tak, siapa yang telah melukakan aku? Tidak lain dan tidak bukan dialah Muhammad. Demi al-Lat dan al-Uzza! Kalau deritaku ini tertimpa ke atas semua orang Hijaz, tidak seorang pun akan hidup..."

       Wajah Ubay bin Khalaf bertambah pucat dan berasa amat takut apabila teringatkan kata-kata Muhammad kepadanya di Mekah dulu. Ubay bin Khalaf yakin bahawa dia akan mati di tangan baginda.

       "Andai kata Muhammad meludahi aku, nescaya habislah aku..." beritahu Ubay bin Khalaf.
        Ubay bin Khlaf meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah akibat menderita melecet sedikit di leher terkena rejaman lembing Rasulullah.

Ujian terhadap tiga orang hamba ALLAH SWT.


          Ada tiga lelaki Bani Israel sudah lama menghidap sopak, botak dan buta. Allah hendak menguji mereka lalu diutus seorang malaikat meyerupai manusia. Malaikat itu pun bertemu lelaki pertama, berpenyakit sopak seraya bertanya: "Apakah yang paling kamu suka?" Jawab lelaki itu: "Saya suka warna kulit yang cantik dan bersih. Saya suka sekiranya penyakit sopak yang menjijikkan ini sembuh!"

          Malaikat itu terus menyapu kulit lelaki tersebut lalu sembuh serta-merta. Kulitnya yang hodoh berubah menjadi cantik, licin dan bersih. Malaikat itu bertanya lagi: "Apakah harta yang paling kamu suka?" Lelaki itu menjawab: "Unta!". Lalu seekor unta yang sedang bunting diberikan kepadanya.

         Sebelum beredar, malaikat itu berkata: "Semoga Allah memberkatimu pada unta ini!". Selepas itu, malaikat itu bertemu pula dengan lelaki botak lantas bertanya: "Apakah yang paling kamu suka?". Jawabnya: "Rambut yang cantik. Saya juga suka jika masalah rambut gugur ini sembuh!". Malaikat terus menyapu kulit kepala lelaki itu. Penyakit lelaki itu
sembuh dan rambutnya kembali lebat dan cantik. Malaikat bertanya lagi: "Apakah harta yang paling kamu suka?". Lelaki itu menjawab: "Lembu!". Lalu seekor lembu yang bunting diberikan kepadanya dan malaikat itu berkata: "Semoga Allah memberkati kamu pada lembu ini!".

           Selepas itu malaikat bertemu pula dengan lelaki buta dan bertanya apakah yang paling disukainya?. Jawabnya: "Saya suka sekiranya Allah mengembalikan penglihatan saya dan saya dapat melihat manusia dan alam ini!". Lalu Allah mengembalikan semula penglihatannya.
Malaikat bertanya  lagi apakah harta yang paling disukainya?. Jawabnya: "Kambing!". Lalu dua ekor kambing, jantan dan betina diberikan kepadanya. Kemudian kambing betina itu melahirkan anak dan terus membiak.

           Lelaki pertama mempunyai satu lembah yang dipenuhi unta. Lelaki kedua mempunyai satu lembah yang dipenuhi lembu. Manakala lelaki ketiga mempunyai satu lembah yang dipenuhi kambing-kambing yang tidak terkira banyaknya. Selepas sekian lama, malaikat tadi diutus Allah supaya menemui semula mereka bertiga. Semasa bertemu dengan lelaki pertama malaikat itu menyerupai seorang yang berpenyakit sopak. Lalu malaikat berkata: "Bekalan saya sudah habis bagi meneruskan perjalanan. Saya tiada tempat meminta pertolongan selain Allah untuk sampai ke tempat yang dituju. Demi Tuhan yang sudah mengurniakan kepada tuan warna kulit yang cantik dan bersih serta harta, saya perlukan seekor unta!". Lalu lelaki itu berkata: "Saya mempunyai tanggungan yang banyak. Saya tidak memiliki harta yang lebih.".

           Lalu malaikat itu berkata: "Saya rasa, saya kenal kamu. Bukankah kamu dahulu menghidap penyakit sopak dan dipandang kotor oleh orang ramai? Bukankah kamu juga dahulu seorang yang fakir, lalu Allah mengurniakan kepada kamu harta yang banyak, satu lembah unta!". Lelaki itu menjawab: "Sebenarnya saya mempusakai segala harta ini daripada ayah dan datuk saya!". Malaikat itu berkata lagi: "Apabila kamu berbohong, Allah akan mengembalikan kamu kepada keadaan asal!".

          Kemudian, malaikat itu bertemu dengan lelaki kedua yang pernah ditimpa penyakit botak. Malaikat itu menyerupai seorang yang botak. Malaikat itu meminta sebagaimana lelaki pertama, seekor lembu. Lelaki kedua ini juga menjawab seperti lelaki pertama bahawa dia mewarisi segala ternakan lembu dari nenek moyangnya. Amaran diberikan oleh malaikat jika lelaki itu berbohong!.

           Seterusnya, malaikat menemui lelaki ketiga menyerupai seorang yang buta. Malaikat itu berkata: "Saya ini miskin dan dalam perjalanan. Demi Tuhan yang sudah mengembalikan penglihatan tuan, saya perlukan seekor kambing!". Lalu lelaki ketiga itu menjawab: "Benar dahulu saya seorang buta, lalu Allah mengembalikan penglihatan saya. Terpulanglah kepada tuan hamba, ambillah sebanyak mana yang tuan hamba  mahu.

          Demi Allah, saya tidak akan menuntut semula apa yang kamu ambil pada hari ini.Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah!". Lalu malaikat itu pun berkata: "Jagalah semua harta dan segala ternakan kamu ini. Sebenarnya kamu semua diuji oleh Allah dengan segala kenikmatan dunia dan harta benda.

         Sesungguhnya Allah meredhai kamu jika kamu redha dengan Allah. Sebaliknya Allah amat murka dan melaknat kepada kedua-dua orang sahabat kamu itu kerana tidak BERSYUKUR dengan nikmat Allah!".