Followers

like button

Sunday, March 6, 2011

bab kawin



Bab kahwin adalah sunnah Nabi s.a.w.
عَنْ أَنَسٍ
 أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
سَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 عَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ
 وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ آكُلُ اللَّحْمَ
وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ
فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي
 وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ
فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Dari Anas r.a. katanya :
"Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi s.a.w. menanyakan dengan
rahsia kepada isteri-isteri Nabi s.a.w., tentang amal Nabi s.a.w. (ibadat)
Kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan :
"Saya tidak akan mengahwini perempuan." Yang lain mengatakan :
"Saya tidak akan memakan daging." Yang lain mengatakan lagi
"Saya tigak akan tidur di atas hamparan (tikar)
(Setelah diberitakan kepada Nabi s.a.w.) beliau sesudah memuji Allah
dan menyanjungNya, beliau s.a.w. mengucapkan :
"Mengapa ada beberapa orang mengatakan begini  .... dan begini?"
Tetapi aku sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan
mengahwini perempuan. Sebab itu siapa yang tidak menyukai sunnahku
maka orang itu tidak termasuk golonganku."
Hadis sahih riwayat Muslim


Lepas aku hayati hadis ni aku sedar yg kawen tu mmg sunnah yg mmg dituntut sangat 0leh baginda Rasulullah  SAW........sesiapa yg berkahwin kerana Allah SWT dan nk ik0t sunnah mmg pahala nya besar......tapi apakah jenis perempuan yg disuruh pilih pulak 0leh baginda..??...emmmm......pastu aku p0n teringat la dgn hadis baginda yg laen pasal memilih perempuan yg mcm mna nk dijadikan isteri..........hadis tuu jugak menyatakan tujuan nk kawen sese0rang perempuan tuu........




Bab Tujuan menikahi wanita

قَالَ رَسُولُ اللهِ

صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلاَ رْبَعٍ لِمَا لِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَا لِهَا

وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
"Perempuan itu dinikahi kerana empat, kerana kecantikannya
atau kerana keturunannya, atau kerana hartanya atau kerana
agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama, agar selamatlah dirimu
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim



Sesiapa yg berkahwin pasti akan memilih 4 g0l0ngan perempuan yg camni.....tp baginda ada nyatakan kat hujung ayat tuuu yg menganjur utk memilih yg beragama........

Tapi, adakah yg kurang dari segi agama tuu dah tak b0ley berubah..??..adakah dah terlambat..??..
masih sempat kalau kita masih nk berubah....Kita masih b0leh cari ilmu agama dgn dalam lagi supaya jadi salah se0rang dari g0l0ngan (perempuan) yg beragama mcm yg pernah disebut baginda dlm hadis.......


Aku masih menunggu sese0rang supaya diikatkan hati kami dengan penuh rasa cinta kepada Allah SWT dan rasulNya......dgn penuh ketakwaan yg paling dalam......dgn jiwa yg penuh rendah diri.......supaya kami akan selamat di dunia dan akhirat.........Insyaallah.....

     






                                                                                                                                                                

No comments: