Satu hari aku tnya ustaz aku pasal prcintaan.....dia p0wn ckap kalau sse0rang ppmpuan tu suka 0r cinta aku ats iman ataupun kebaikan diri aku its 0k klau aku nk mncintai dia....tapi dgn syarat cinta ke atas Allah dan Rasulnya lagi lebih dahsyat..........
Followers
like button
Friday, June 10, 2011
Ketenangan.......
Satu hari aku tnya ustaz aku pasal prcintaan.....dia p0wn ckap kalau sse0rang ppmpuan tu suka 0r cinta aku ats iman ataupun kebaikan diri aku its 0k klau aku nk mncintai dia....tapi dgn syarat cinta ke atas Allah dan Rasulnya lagi lebih dahsyat..........
Sunday, March 6, 2011
bab kawin
Bab kahwin adalah sunnah Nabi s.a.w. | ||||||||||||||||||
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ آكُلُ اللَّحْمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي | ||||||||||||||||||
Dari Anas r.a. katanya : | ||||||||||||||||||
"Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi s.a.w. menanyakan dengan | ||||||||||||||||||
rahsia kepada isteri-isteri Nabi s.a.w., tentang amal Nabi s.a.w. (ibadat) | ||||||||||||||||||
Kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan : | ||||||||||||||||||
"Saya tidak akan mengahwini perempuan." Yang lain mengatakan : | ||||||||||||||||||
"Saya tidak akan memakan daging." Yang lain mengatakan lagi | ||||||||||||||||||
"Saya tigak akan tidur di atas hamparan (tikar) | ||||||||||||||||||
(Setelah diberitakan kepada Nabi s.a.w.) beliau sesudah memuji Allah | ||||||||||||||||||
dan menyanjungNya, beliau s.a.w. mengucapkan : | ||||||||||||||||||
"Mengapa ada beberapa orang mengatakan begini .... dan begini?" | ||||||||||||||||||
Tetapi aku sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan | ||||||||||||||||||
mengahwini perempuan. Sebab itu siapa yang tidak menyukai sunnahku | ||||||||||||||||||
maka orang itu tidak termasuk golonganku." | ||||||||||||||||||
Hadis sahih riwayat Muslim Lepas aku hayati hadis ni aku sedar yg kawen tu mmg sunnah yg mmg dituntut sangat 0leh baginda Rasulullah SAW........sesiapa yg berkahwin kerana Allah SWT dan nk ik0t sunnah mmg pahala nya besar......tapi apakah jenis perempuan yg disuruh pilih pulak 0leh baginda..??...emmmm......pastu aku p0n teringat la dgn hadis baginda yg laen pasal memilih perempuan yg mcm mna nk dijadikan isteri..........hadis tuu jugak menyatakan tujuan nk kawen sese0rang perempuan tuu........
|
Friday, February 25, 2011
Matlamat Hidupku
Aku tak akan gadaikan maruah, harga diriku semata-mata untuk memenuhi kehendak individu atau pihak lain, yang penting iman dalam diriku. Aku sangat bersyukur padaNYA kerana menemukan aku dengan orang yang aku kenali sekarang ini. Aku akui aku bukanlah seorang insan yang sangat baik dan jauh sekali mengaku aku orang yang baik, namun setiap detik aku mengharap yang aku akan berubah menjadi lebih baik dan SOLEH, itulah tujuan dan matlamat utama kehidupan aku sekarang, kerana anak yang SOLEH akan menjadi pembantu orang tua dan keluarganya di hari akhir kelak.
Siapa yang mahu orang di sekelilingnya itu ialah orang jahat, semuanya nak yang baik-baik, tapi adakah kita sendiri nk menjadikan diri kita ni baik?. Sebenarnya aku bukanlah insan yang hanya mengejar dunia, tetapi aku mahu menjadikan dunia sebagai tempat atau pun platform ke sana nanti. Firman Allah SWT dalam surah al-ankabut : 64 bermaksud, : "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan sedangkan kehidupan akhirat merupakan kehidupan yang sebenar sekiranya mereka mengetahui". Dalil ini mnejadi pegangan aku selama ni, aku tak peduli jika tidak terlalu berharta kelak, tapi aku sedar masyarakat sekarang hanya memandang harta dan rupa, tak ada rupa, tak hensem, tak lawa, tak macho, tak cantik, tak ada duit, tak ada kereta, kerja gaji pun sikit memang tidak mendapat tempat di hati masyarakat kecuali yang benar-benar ikhlas menerima kerana Allah SWT.
Aku juga bertekad walaupun aku tak lah sekaya orang lain tapi syukur mesti ada dalam hati. Bila aku dapat kesenangan pun aku tetap akan bersyukur dan berdoa dengan harapan aku tak lupa diri. Aku teringat lagi pesan ustaz aku, "hang kalau nak pakai kereta besaq2, pakai la, tapi jangan sombong dengan orang, takabur, riak, tu yang penting".
Tuesday, February 22, 2011
Kerana Cinta
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insanidan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
masa berada
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
Tuesday, December 28, 2010
Mencari Cinta
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Dan tuk cintanya menerangi jiwa
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta
Oh, ku sangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya
Sekian lama diri terlalai
Kehidupan terabai
O.. akhirnya aku temui kedamaian abadi
I Wanna Be Somebody
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody
Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian
Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa
Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya
Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna
Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa
Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody
Monday, December 27, 2010
"Insya-Allah! Kamu akan mati di tanganku!"
Sebelum Hijrah, Ubay bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah SAW dengan agak sombongnya: "Aku membela seekor kuda yang diberi cukup makan. Aku akan membunuhmu pada suatu hari dengan memacunya!"
Rasulullah menjawab: "Insya-Allah! Kamu akan mati di tanganku!"
Semasa berlakunya Perang Uhud, Ubay bin Khalaf berkeliaran di medan perang mencari Rasulullah sambil berteriak: "Kalau Muhammad tidak dibunuh, hari ini aku tidak berpeluang hidup!"
Akhirnya setelah puas mencari, Ubay bin Khalaf bertembung dengan pasukan Rasulullah dan cuba hendak menyerang baginda. Para sahabat memutuskan hendak menamatkan riwayat Ubay bin Khalaf terlebih dahulu sebelum sampai kepada Rasulullah. Tapi, baginda melarang sahabatnya membunuh orang yang memusuhi baginda.
Ubay bin Khalaf yang sedang menunggang kuda cuba mendekati baginda tetapi ketika itulah Rasulullah mengambil sebatang lembing daripada salah seorang sahabat lantas merejamnya.
Rejaman lembing baginda terkena sipi leher Ubay bin Khalaf. Lelaki itu terhuyung-hayang lalu terjatuh dari kudanya. Selepas terjatuh, Ubay bin Khalaf lantas lari termengah-mengah menuju ke khemahnya sambil berteriak seperti seekor lembu jantan.
Rakan-rakannya cuba menenangkan Ubay bin Khalaf yang sedang gementar dan pucat. Setelah diperiksa, lehernya sekadar melecet sedikit sahaja. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kecederaan yang dialami tidak parah.
Abu Suffian menempelak Ubay bin Khalaf yang menangis dan meraung tidak ubah seperti perangai kanak-kanak. Tapi, kata-kata Abu suffian itu disanggah Ubay bin Khalaf.
"Engkau tahu tak, siapa yang telah melukakan aku? Tidak lain dan tidak bukan dialah Muhammad. Demi al-Lat dan al-Uzza! Kalau deritaku ini tertimpa ke atas semua orang Hijaz, tidak seorang pun akan hidup..."
Wajah Ubay bin Khalaf bertambah pucat dan berasa amat takut apabila teringatkan kata-kata Muhammad kepadanya di Mekah dulu. Ubay bin Khalaf yakin bahawa dia akan mati di tangan baginda.
"Andai kata Muhammad meludahi aku, nescaya habislah aku..." beritahu Ubay bin Khalaf.
Ubay bin Khlaf meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah akibat menderita melecet sedikit di leher terkena rejaman lembing Rasulullah.
Ujian terhadap tiga orang hamba ALLAH SWT.
Malaikat itu terus menyapu kulit lelaki tersebut lalu sembuh serta-merta. Kulitnya yang hodoh berubah menjadi cantik, licin dan bersih. Malaikat itu bertanya lagi: "Apakah harta yang paling kamu suka?" Lelaki itu menjawab: "Unta!". Lalu seekor unta yang sedang bunting diberikan kepadanya.
Sebelum beredar, malaikat itu berkata: "Semoga Allah memberkatimu pada unta ini!". Selepas itu, malaikat itu bertemu pula dengan lelaki botak lantas bertanya: "Apakah yang paling kamu suka?". Jawabnya: "Rambut yang cantik. Saya juga suka jika masalah rambut gugur ini sembuh!". Malaikat terus menyapu kulit kepala lelaki itu. Penyakit lelaki itu
sembuh dan rambutnya kembali lebat dan cantik. Malaikat bertanya lagi: "Apakah harta yang paling kamu suka?". Lelaki itu menjawab: "Lembu!". Lalu seekor lembu yang bunting diberikan kepadanya dan malaikat itu berkata: "Semoga Allah memberkati kamu pada lembu ini!".
Selepas itu malaikat bertemu pula dengan lelaki buta dan bertanya apakah yang paling disukainya?. Jawabnya: "Saya suka sekiranya Allah mengembalikan penglihatan saya dan saya dapat melihat manusia dan alam ini!". Lalu Allah mengembalikan semula penglihatannya.
Malaikat bertanya lagi apakah harta yang paling disukainya?. Jawabnya: "Kambing!". Lalu dua ekor kambing, jantan dan betina diberikan kepadanya. Kemudian kambing betina itu melahirkan anak dan terus membiak.
Lelaki pertama mempunyai satu lembah yang dipenuhi unta. Lelaki kedua mempunyai satu lembah yang dipenuhi lembu. Manakala lelaki ketiga mempunyai satu lembah yang dipenuhi kambing-kambing yang tidak terkira banyaknya. Selepas sekian lama, malaikat tadi diutus Allah supaya menemui semula mereka bertiga. Semasa bertemu dengan lelaki pertama malaikat itu menyerupai seorang yang berpenyakit sopak. Lalu malaikat berkata: "Bekalan saya sudah habis bagi meneruskan perjalanan. Saya tiada tempat meminta pertolongan selain Allah untuk sampai ke tempat yang dituju. Demi Tuhan yang sudah mengurniakan kepada tuan warna kulit yang cantik dan bersih serta harta, saya perlukan seekor unta!". Lalu lelaki itu berkata: "Saya mempunyai tanggungan yang banyak. Saya tidak memiliki harta yang lebih.".
Lalu malaikat itu berkata: "Saya rasa, saya kenal kamu. Bukankah kamu dahulu menghidap penyakit sopak dan dipandang kotor oleh orang ramai? Bukankah kamu juga dahulu seorang yang fakir, lalu Allah mengurniakan kepada kamu harta yang banyak, satu lembah unta!". Lelaki itu menjawab: "Sebenarnya saya mempusakai segala harta ini daripada ayah dan datuk saya!". Malaikat itu berkata lagi: "Apabila kamu berbohong, Allah akan mengembalikan kamu kepada keadaan asal!".
Kemudian, malaikat itu bertemu dengan lelaki kedua yang pernah ditimpa penyakit botak. Malaikat itu menyerupai seorang yang botak. Malaikat itu meminta sebagaimana lelaki pertama, seekor lembu. Lelaki kedua ini juga menjawab seperti lelaki pertama bahawa dia mewarisi segala ternakan lembu dari nenek moyangnya. Amaran diberikan oleh malaikat jika lelaki itu berbohong!.
Seterusnya, malaikat menemui lelaki ketiga menyerupai seorang yang buta. Malaikat itu berkata: "Saya ini miskin dan dalam perjalanan. Demi Tuhan yang sudah mengembalikan penglihatan tuan, saya perlukan seekor kambing!". Lalu lelaki ketiga itu menjawab: "Benar dahulu saya seorang buta, lalu Allah mengembalikan penglihatan saya. Terpulanglah kepada tuan hamba, ambillah sebanyak mana yang tuan hamba mahu.
Demi Allah, saya tidak akan menuntut semula apa yang kamu ambil pada hari ini.Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah!". Lalu malaikat itu pun berkata: "Jagalah semua harta dan segala ternakan kamu ini. Sebenarnya kamu semua diuji oleh Allah dengan segala kenikmatan dunia dan harta benda.
Sesungguhnya Allah meredhai kamu jika kamu redha dengan Allah. Sebaliknya Allah amat murka dan melaknat kepada kedua-dua orang sahabat kamu itu kerana tidak BERSYUKUR dengan nikmat Allah!".
Subscribe to:
Posts (Atom)
