Followers

like button

Tuesday, October 25, 2011

KeranaMU Ya Rabb







     Tujuan dan tumpuan sekarang hanya tertumpu pada hidup yang penuh dengan cubaan dan godaan dan semakin hari semakin mencabar kehebatannya. Bila aku mendapat khabar dari ustazku yang mengatakan ada program baru yang bakal menjelma, semangatku semakin bertambah untuk berdakwah.Memang hidup ini memerlukan perjuangan, itulah jalan yang paling berliku, namun manis akan tiba jika ianya dilaksanakan dengan redha Allah SWT.

      Perkara lain yang datang silih berganti memang kadangkala meracun dan melemahkan hati, tapi aku harus tabah dan tidak leka dengan semua yang datang, yang menjadi tumpuan hanyalah perjuangan yang ikhlas kerana Allah SWT. Tiada tempat di hatiku melainkan hanya untuk manusia yang ikhlas


Soal jodoh aku serahkan semuanya kepada Allah SWT untuk menentukannya, malas aku hendak memikirkan semua itu. Manusia ni penuh dengan perasaan yang tak menentu. Setiap hari aku berdoa agar dijodohkan dengan manusia yang ikhlas dan juga menenangkan hati ni, mungkin belum tiba masanya lagi untuk semua itu


Sekarang ni yang aku tahu semangat aku semakin meninggi, semakin membuak-buak dan aku harap perjuanganku semuanya akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah. 


      Doakanlah diriku ini wahai kalian semua......mungkin doa kalian akan membawa keberkatan.....Amin......"Wamakaruwamakarullah huallahhukhoirumakirin".......manusia merancang dan Allah merancang, perancangan Allah mahunya yang lebih baik.........=)

No comments: